Putrajaya, 19 Febuari 2024 - Sembang Teh Tarik Bersama YBhg. Dato’ Nor Azmie Diron, Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi bersama pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 52 telah diadakan pada 19 Februari 2024. Sesi ini bertujuan menyantuni pegawai Gred 52 daripada pelbagai Skim Perkhidmatan di Kementerian Ekonomi dan memberi ruang kepada pegawai untuk berinteraksi secara langsung dengan Ketua Setiausaha berkaitan kemajuan kerjaya, hal ehwal perkhidmatan dan kebajikan pegawai. Dalam sesi ini, pegawai turut diberi perkongsian mengenai inisiatif utama Kementerian Ekonomi yang menyokong 6 Bidang Fokus Keutamaan Negara.