- 14 views
Pada 21 Julai 2025 (Isnin), Kelab Ekonomi dengan kerjasama Bahagian Sumber Manusia telah menganjurkan Seminar Maal Hijrah 1447H bertemakan Motivasi Upgrade Diri : Ibrah Haji dan Hijrah.
Seminar ini telah dihadiri oleh tetamu kehormat iaitu YBhg. Datin Roziah binti Alias, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kementerian Ekonomi; YBhg. Datuk Dr. Zunika binti Mohamed, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar); dan YBhg. Datuk Mariam binti Ilias, Pengerusi Kelab Ekonomi, serta lebih kurang 100 orang peserta daripada pelbagai gred perkhidmatan.
Slot pengisian rohani dan motivasi telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Ustaz Mohd Zawawi bin Yusoh, penceramah bebas dan Pengarah Eiman Travel Tours Sdn. Bhd. Seminar turut diserikan dengan sesi perkongsian pengalaman oleh pegawai Kementerian Ekonomi yang telah menunaikan ibadah haji pada tahun 2025, iaitu YBrs. Tuan Haji Muhammad Firdaus bin Zulkifflin, Penolong Pengarah, Bahagian Industri Perkhidmatan.
Majlis turut menyaksikan penyampaian cenderahati oleh PUSPANITA Cawangan Kementerian Ekonomi kepada pegawai yang telah menunaikan ibadah haji, serta penyampaian hadiah kepada pemenang program Fit & Fabulous, iaitu satu inisiatif kesihatan berasaskan pengurusan berat badan secara sihat. Program ini sejajar dengan semangat hijrah diri – iaitu tekad untuk melakukan perubahan ke arah gaya hidup yang lebih seimbang dan sihat, kerana tubuh yang sihat adalah kunci kepada akal dan jiwa yang cergas.
Sepertimana peribahasa Arab menyebut: "العَقْلُ السَّلِيمُ فِي الْجِسْمِ السَّلِيمِ" (al-'aqlu as-salīmu fil-jismi as-salīm)— Akal yang sihat datang daripada tubuh yang sihat.
Semoga pengisian ini menjadi inspirasi untuk kita semua terus berhijrah ke arah kebaikan, lahir dan batin.
#KementerianEkonomi
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia

