KUALA LUMPUR, 27 Oktober 2022 - Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (EPU, JPM) bersama UCSI University selaku rakan strategik telah menganjurkan Seminar Matlamat Pembangunan Mampan 9 (SDG 9 - Industri, Inovasi dan Infrastruktur ) 2022.

Seminar yang bertemakan “Destinasi R&D Negara: Ke Manakah Arah Tuju Negara Dalam Bidang Penyelidikan?” telah dirasmikan oleh YB Dato' Sri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi).