- 294 views
Kota Kinabalu, 19 September 2020 - YB Dato' Sri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) merasmikan Seminar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2019 bertempat di Sabah International Convention Centre (SICC).
Seminar anjuran bersama Unit Perancang Ekonomi (EPU), Setiausaha Persekutuan Negeri Sabah dan Sabah Development Corporation (SEDIA) dihadiri 60 orang terdiri daripada agensi Kerajaan, Ahli Akademik dan NGO.
Sesi libat urus memberi platform kepada EPU untuk memberi penerangan tentang PGK 2019 disamping menerima input dan cadangan menangani kemiskinan terutamanya di penyediaan Rancangan Malaysia Ke 12.
Hadir sama, YBhg Datuk Seri Panglima Hashim Paijan, Ketua Pegawai Eksekutif SEDIA; YBrs Dr. Maziah Che Yusoff, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) EPU dan pengurusan tertinggi EPU.