- 18 views
Pada 6 Mei 2025, Kementerian Ekonomi telah menyertai Seminar Perakaunan Pengurusan 2025 anjuran Jabatan Akauntan Negara Malaysia bertempat di Hotel DoubleTree by Hilton, Putrajaya.
Diketuai oleh Dr. Nor Azlina Binti Ariffin, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan), kehadiran delegasi Kementerian Ekonomi menyerlahkan komitmen tinggi terhadap amalan perakaunan pengurusan yang strategik, telus dan berimpak.
Lebih 200 peserta dari pelbagai kementerian dan agensi berkumpul dalam seminar ini yang bertemakan “Perakaunan Pengurusan: Daripada Data kepada Pembuatan Keputusan” — satu platform penting untuk pencetusan idea dan reformasi pengurusan kewangan sektor awam.
Kementerian Ekonomi terus mengorak langkah ke hadapan — menjadikan data sebagai asas kepada setiap keputusan yang lebih bijak, berani dan berakauntabiliti.