- 73 views
Cyberjaya, 20 Februari 2020 - Kementerian Hal Ehwal Ekonomi telah mengadakan Sesi Libat Urus bersama Pakar Industri sebagai salah satu inisiatif mendapatkan input bagi merangka Rancangan Malaysia Ke-12.
Sesi libat urus tersebut melibatkan 3 industri yang dikenal pasti mempunyai potensi tinggi iaitu pertanian pintar, aeroangkasa dan ekonomi digital.
YB Dato' Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Hal Ehwal Ekonomi telah mempengerusikan sesi bersama kumpulan pertanian pintar dan aeroangkasa manakala YB Senator Dr. Radzi Jidin, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi mempengerusikan sesi bersama pakar-pakar ekonomi digital.
Sesi ini yang telah berlangsung selama sehari melibatkan seramai 21 orang pakar industri. Hadir bersama, YBhg. Dato' Saiful Anuar Lebai Hussen, Ketua Setiausaha dan pengurusan tertinggi Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.