PUTRAJAYA, 22 Ogos 2023 - Kementerian Ekonomi telah mengadakan Sesi Dialog Belanjawan 2024 bersama-sama pemain industri dan pihak berkepentingan yang dihadiri YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi.

Sesi dialog yang berlangsung di Dewan Baiduri, Putrajaya ini bertujuan berkongsi perspektif, bertukar-tukar idea serta menggariskan rangka kerja dasar untuk pembangunan ekonomi yang mampan dalam usaha memantapkan penyediaan dokumen Belanjawan 2024.

Turut hadir YB Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib, Timbalan Menteri Ekonomi, YBhg. Dato' Nor Azmie Diron, Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, YBhg. Datuk Yatimah Sarjiman, Timbalan Ketua Setiausaha (Sektoral) Kementerian Ekonomi serta YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan Malaysia.