Kementerian Ekonomi telah menganjurkan Sesi Dialog Bersama pemain Industri Hard to Abate dan Sektor Tenaga yang bertemakan โ€œ๐™‡๐™š๐™ซ๐™š๐™ง๐™–๐™œ๐™ž๐™ฃ๐™œ ๐˜พ๐™ค๐™ข๐™ข๐™ช๐™ฃ๐™ž๐™ฉ๐™ฎ ๐™Ž๐™ฎ๐™ฃ๐™š๐™ง๐™œ๐™ž๐™š๐™จ ๐™›๐™ค๐™ง ๐™– ๐™Ž๐™ช๐™จ๐™ฉ๐™–๐™ž๐™ฃ๐™–๐™—๐™ก๐™š ๐™–๐™ฃ๐™™ ๐™…๐™ช๐™จ๐™ฉ ๐™๐™ง๐™–๐™ฃ๐™จ๐™ž๐™ฉ๐™ž๐™ค๐™ฃโ€ pada 1 Julai 2024 bertempat di Cyberview Resort & Spa.
ย 
Sesi dialog ini diadakan bagi tujuan mengumpul input dan maklum balas daripada pelbagai pihak berkepentingan untuk membantu mengenal pasti teknologi, membangunkan mekanisme kawal selia, serta kaedah pelaksanaan.

Malaysia komited mencapai aspirasi pelepasan gas rumah kaca (GHG) bersih sifar seawal tahun 2050 (Net-zero 2050). Untuk mencapai matlamat ini, kerajaan telah mengenal pasti teknologi pemerangkapan, penggunaan, dan penyimpanan karbon (CCUS) sebagai salah satu inisiatif utama.
ย 
Teknologi CCUS akan digunakan untuk memerangkap dan menyimpan karbon dioksida (CO2) secara kekal dari sumber-sumber utama pelepasan CO2, terutamanya dalam industri hard-to-abate industries dan sektor tenaga.

Selaras dengan sesi dialog ini, CCUS berpotensi mencetus perubahan besar dan menarik minat pelabur secara signifikan. Justeru, kerajaan komited menjayakan inisiatif ini dengan kerjasama semua pihak berkepentingan termasuk penggubal dasar, pihak swasta dan pemain industri.