Sesi Dialog Kementerian Ekonomi Bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Pertubuhan Masyarakat Sivil (CSO) berkaitan pelaksanaan inisiatif Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (Carbon Capture, Utilisation and Storage – CCUS) telah berlangsung pada 13 Jun 2024 yang bertempat di Cyberview Resort and Spa, Cyberjaya.

Bertemakan “Collaborative Pathways: Civil Society and Industry in Carbon Solution”, sesi dialog ini dihadiri oleh pegawai-pegawai dari Kementerian, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Pertubuhan Masyarakat Sivil (CSO) dan Ahli Akademik.

Carbon Capture, Utilisation and Storage (CCUS) merupakan salah satu inisiatif utama di bawah Anjakan Besar Industri High-growth High Value (HGHV).

Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) yang dilancarkan pada Julai 2023 mengiktiraf CCUS sebagai salah satu bidang tumpuan dan pemangkin inisiatif peralihan tenaga yang membuka peluang ekonomi dan mengurangkan jejak karbon secara mampan.

Ianya dilihat sebagai teknologi penting dalam membantu usaha kerajaan untuk meningkatkan kemampanan tenaga dan mempercepatkan pertumbuhan industri nilai tinggi.

Sesi dialog ini merangkumi aspek-aspek dasar, perundangan, alam sekitar, kewangan, perdagangan, keselamatan dan penerimaan awam terhadap pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon.

Selaras dengan sesi dialog ini, Kerajaan komited dalam mencapai aspirasi pelepasan gas rumah kaca (GHG) bersih sifar seawal tahun 2050 (Net-zero 2050) selari dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).