- 119 views
KUALA LUMPUR, 10 Februari 2023 - Kementerian Ekonomi dengan kerjasama MyDIGITAL Corporation menganjurkan Sesi Kick-Off Dialog Strategik Bersama Yang Berhormat Menteri Ekonomi: Pemerkasaan Industri untuk Memacu Pertumbuhan Ekonomi Dalam Era Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC).
Sesi Kick-Off Dialog Strategik tersebut dikendalikan oleh YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi dan dihadiri oleh YB Dato’ Hajjah Hanifah Hajar Taib, Timbalan Menteri Ekonomi, Ketua-ketua Jabatan dan Agensi, Wakil-wakil dari Dewan Perniagaan, Persatuan Industri dan Pemain-pemain Industri serta Pegawai-pegawai Kerajaan.