Warga Kementerian Ekonomi merakamkan setinggi penghargaan di atas sesi kunjungan hormat YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara ke Pejabat Menteri Ekonomi, YB Rafizi Ramli petang tadi.

Pelbagai topik telah dibincangkan, antara fokusnya adalah mengenai inisiatif Iltizam Kecekapan Pentadbiran Awam (ILTIZAM) yang akan berperanan besar dalam usaha mereformasi penyampaian perkhidmatan Kerajaan.

Ia meliputi perubahan struktural, menambah baik prosedur, proses kerja serta tadbir urus bagi mendukung akauntabiliti dan ketelusan dalam perkhidmatan Kerajaan.

ILTIZAM akan menjadi rujukan utama bagi menjadikan perkhidmatan awam yang cekap, peduli rakyat, mesra perniagaan, telus, dan berintegriti selaras dengan kerangka Malaysia Madani.