19 September, Putrajaya - Sesi libat urus anjuran Kementerian Ekonomi bersama pihak berkepentingan yang diadakan pada 19 September 2024 merupakan salah satu daripada beberapa siri sesi libat urus yang dirancang di bawah pelan komunikasi strategik berkaitan CCUS.

Ia bertujuan untuk membina dan meningkatkan pengetahuan serta pemahaman mengenai status semasa pelaksanaan inisiatif CCUS di Malaysia.

SLU ini melibatkan beberapa kementerian termasuklah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Pengangkutan, Kementerian Kewangan, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air, Kementerian Luar Negeri, Kementerian Sumber Manusia, Jabatan Peguam Negara, Majlis Keselamatan Negara dan Jabatan Perkhidmatan Awam bagi menerangkan komponen dan elemen utama yang terkandung dalam RUU CCUS. RUU CCUS ini dijangka dibentangkan di Parlimen pada penghujung 2024.