- 42 views
Kota Iskandar, 4 Oktober 2020 - YB Dato' Seri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) telah mengadakan sesi libat urus bersama sektor pelancongan Negeri Johor.
Sebanyak 37 agensi kerajaan dan wakil industri pelancongan Negeri Johor telah hadir bagi memberi maklum balas dan pandangan berkenaan perkembangan terkini industri pelancongan di Johor yang terjejas kesan pandemik COVID-19.
Hadir sama adalah YB Datuk Onn Hafiz bin Ghazi, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Negeri Johor; YB Dato' Dr. Badrul Hisham bin Kassim, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pembangunan) serta YBhg. Prof Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Azlan bin Ghazali, Pengarah Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi.