- 54 views
PULAU PINANG, 22 Julai 2023 - Sesi Libat Urus Kajian Separuh Penggal (SLU KSP) Rancangan Kedua Belas 2021-2025 (RMKe-12) oleh Kementerian Ekonomi telah berlangsung bersama kerajaan Negeri Pulau Pinang hari ini.
Sesi secara townhall itu dihadiri oleh YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi dan YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang yang melibatkan rundingan dasar bersama pentadbiran negeri dan awam meliputi pelbagai pihak termasuk pemain industri, ahli akademik serta civil society organisation (CSO).
Hadir sama, YAB Dato’ Sayuthi Bakar, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, YBhg. Dato’ Nor Azmie Diron, Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, Wakil-wakil industri serta Ketua Masyarakat.