SABAH, 17 OGOS 2025 - Sesi Libat Urus Program Jelajah Jalinan BORNEO – Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) oleh Kementerian Ekonomi dimulakan bersama Kerajaan Negeri Sabah di Dataran Keningau, Sabah yang dihadiri oleh YB Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib, Timbalan Menteri Ekonomi.

Sesi Libat Urus ini diadakan bagi memberi penerangan jelas tentang hala tuju dan fokus utama RMK13.

Selain itu, untuk mendapatkan maklum balas dan cadangan daripada rakyat di negeri Sabah bagi memastikan pelaksanaan RMK13 lebih berkesan. Majlis secara dialog awam (townhall) ini dijalankan dalam dua sesi yang melibatkan Sesi Libat Urus Bersama Edisi Borneo bersama Pentadbiran Negeri/Daerah/Bahagian Sarawak & Sabah dan sesi kedua bersama Pakar/Pemain Industri / NGO/ CSO /Awam.

Turut hadir bersama, Ybhg. Dato' Ts. V. Valluvan Veloo Timbalan Ketua Setiausaha (MAKRO). Input oleh pemegang taruh daripada pelbagai lapisan masyarakat merupakan intipati penting dalam memastikan RMK13 mencapai matlamat dan memenuhi keperluan masyarakat.

#KementerianEkonomi
#RancanganMalaysiaKetigaBelas
#RMK13
#RancakkanMADANI
#MalaysiaMADANI
#TaatSetia