- 33 views
Pada 24 Oktober di The Everly Hotel, berlangsung Sesi Libat Urus (SLU) RMK13, mempertemukan pelbagai pihak dalam dialog bersama Kementerian Ekonomi. Acara dimulakan dengan ketibaan YB Timbalan Menteri Ekonomi, YB Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib, diikuti sesi bertajuk "Madani Mendengar Bersama Kementerian Ekonomi". Dalam konsep townhall, sesi ini melibatkan dialog terbuka antara kementerian dan peserta yang terdiri daripada pakar industri, NGO, CSO, mahasiswa, belia, wakil majlis pekerja, suri rumah, serta ibu tunggal.
Sesi kedua diteruskan selepas nyanyian lagu kebangsaan dan ucapan pembukaan, pembentangan kerangka RMK13 menjadi tumpuan utama. Dialog bersama wakil pentadbiran negeri melengkapkan perbincangan hari tersebut. Majlis diakhiri dengan rumusan oleh YB Timbalan Menteri Ekonomi, di mana para pemimpin dan peserta beredar selepas sesi penutup. Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir, menjadikan sesi ini satu langkah penting ke arah pembangunan negara dan aspirasi Malaysia Madani.
Turut hadir, YBhg. Datuk Dr. Yatimah Sarjiman, Timbalan Ketua Setiausaha Sektoral Kementerian Ekonomi, YBhg. Dato' Luqman Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha Makro Kementerian Ekonomi, YBhg. Datuk Abdul Halim bin Hamzah, Timbalan Ketua Setiausaha Kewangan dan Pembangunan Jabatan Perdana Menteri, dan YBhg. Dato' Seri TPr (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur.