26 Januari 2025, Kuala Terengganu - Sesi Libat Urus Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMKe-13) oleh Kementerian Ekonomi bersama Kerajaan Negeri Terengganu telah diadakan pada 26 Januari 2025 di Dewan Gamelan, Hotel Primula, Kuala Terengganu.

Program ini dihadiri oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, YB Dato' Haji Zulkifli bin Ali, Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, YBhg. Dato' Nor Azmie bin Diron, serta dif-dif kehormat dari Terengganu.

Pembentangan Kerangka RMKe-13 telah disampaikan oleh Encik Che Rahim, Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan (BPMI), diikuti dengan sesi soal jawab bersama Ketua Setiausaha dan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), YBhg. Datuk Dr. Zunika binti Mohamed, dan diakhiri dengan acara penyerahan cenderahati.

#KementerianEkonomi
#RMK13
#MalaysiaMADANI
#taatsetia
#MADANIBekerja