- 5 views
16 Januari 2025, Putrajaya - Sesi Libat Urus RMK13 bersama Dewan Perniagaan dan pemain industri dari sektor farmaseutikal, kimia, digital, jentera & peralatan, serta agromakanan telah berlangsung dengan jayanya di Hotel Everly, Putrajaya.
Majlis dimulakan dengan pembentangan oleh Datin Zaeidah Mohamed Isa, Pengarah Bahagian Industri Pembuatan, Sains & Teknologi, yang memberikan gambaran menyeluruh mengenai kerangka RMK13.
Sesi ini diikuti dengan sesi Madani Mendengar oleh YB Dato' Seri Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi, membuka ruang kepada pemain industri untuk berkongsi pandangan, cadangan, dan harapan mereka terhadap pembangunan sosioekonomi negara.
SLU RMK13 adalah platform strategik untuk memastikan suara industri didengari dan menjadi asas kepada perancangan pembangunan yang lebih mampan dan inklusif.
Orang ramai juga dijemput untuk menyuarakan pendapat dan cadangan melalui laman web rasmi RMK13 di https://rmk13.ekonomi.gov.my/rmk13/pandangan-awam/.
#KementerianEkonomi
#RMK13
#MalaysiaMADANI
#taatsetia
#MADANIBekerja