20 Januari 2025, Alor Setar - Sesi Libat Urus RMK13 bersama pemimpin negeri dan rakyat di Negeri Kedah Darul Aman telah berlangsung dengan jayanya di dua lokasi, iaitu Dewan Seri Mentaloon dan Ballroom Hotel Grand Alora, Alor Setar.

Sesi pagi di Dewan Seri Mentaloon dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan, bacaan doa, dan ucapan oleh YAB Menteri Besar Kedah serta YB Menteri Ekonomi. Sesi diteruskan dengan pembentangan hala tuju RMK13 oleh Kementerian Ekonomi, diikuti sesi soal jawab bersama penjawat awam di Kedah.

Sesi Madani Mendengar pada waktu petang pula berlangsung di Ballroom Hotel Grand Alora, yang memberi peluang kepada peserta yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat untuk berkongsi pandangan, cadangan, dan melontar soalan.

SLU RMK13 adalah platform khusus untuk memastikan suara rakyat didengari, menjadi asas kepada perancangan pembangunan yang lebih mampan dan inklusif.

Orang ramai juga dijemput untuk menyuarakan pendapat dan cadangan melalui laman web rasmi RMK13 di https://rmk13.ekonomi.gov.my/rmk13/pandangan-awam/.

#KementerianEkonomi

#RMK13

#MalaysiaMADANI

#taatsetia

#MADANIBekerja