23 Januari 2025, Kuala Lumpur - Sesi Libat Urus RMK13 bersama Dewan Perniagaan dan Pemain Industri telah berlangsung dengan jayanya di Hotel Double Tree by Hilton, Kuala Lumpur.

Majlis dimulakan dengan ketibaan para tetamu kehormat dan YB Menteri Ekonomi, diikuti dengan nyanyian lagu kebangsaan, bacaan doa, dan pembentangan kerangka RMK13 oleh Kementerian Ekonomi. 


Sesi Madani Mendengar turut diadakan, memberi peluang kepada peserta untuk berkongsi pandangan, cadangan, dan melontar soalan secara langsung kepada YB Menteri Ekonomi.
SLU RMK13 adalah platform penting bagi memastikan pandangan pihak industri dan sektor swasta didengari, seterusnya menyokong perancangan pembangunan ekonomi negara yang lebih mampan dan inklusif.

Orang ramai juga dijemput untuk menyuarakan pendapat dan cadangan melalui laman web rasmi RMK13 di https://rmk13.ekonomi.gov.my/rmk13/pandangan-awam/.

#KementerianEkonomi
#RMK13
#MalaysiaMADANI
#taatsetia
#MADANIBekerja