- 105 views
Kementerian Ekonomi telah menganjurkan Sesi Libat Urus (SLU) bersama Kerajaan Sarawak mengenai Pelaksanaan Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS) di Malaysia pada 30 Oktober 2024 di Wisma Bapa Malaysia, Kuching, Sarawak.
Sesi ini dipengerusikan oleh YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg.
Turut hadir dalam sesi tersebut adalah YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi, YB Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib, Timbalan Menteri Ekonomi, YBhg Dato' Nor Azmie Diron, Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Ekonomi.
Selaras dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), teknologi CCUS diiktiraf sebagai salah satu strategi utama yang penting dalam menyokong pertumbuhan ekonomi hijau dan rendah karbon, yang akan dilaksanakan oleh kerajaan.
SLU ini bertujuan untuk membincangkan dan memberi penjelasan mengenai pelaksanaan CCUS di Malaysia, khususnya di peringkat Kerajaan Persekutuan serta untuk menyampaikan perkembangan terkini mengenai penyediaan rangka awal CCUS di Malaysia.