- 254 views
26 September 2024, Putrajaya - Sesi Libat Urus (SLU) Pekeliling Perkhidmatan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) Warga Kementerian Ekonomi bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah diadakan secara fizikal dan dalam talian. Secara fizikal berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Putrajaya, hari ini.
SLU SSPA ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada penjawat awam berkenaan dengan Pekeliling Perkhidmatan Awam serta opsyen SSPA yang akan ditawarkan. SLU ini juga membantu dalam menjawab beberapa persoalan dan isu yang timbul dikalangan warga Kementerian Ekonomi secara amnya.
Turut hadir, YBrs. Dr. Nor Azlina Binti Ariffin, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) serta pengarah-pengarah kanan bahagian Kementerian Ekonomi.