Bandar Hilir, 14 September 2020 - YB Dato' Sri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) mengadakan Sesi Libat Urus Bersama Persatuan Penjaja Kecil di Melaka. Pertemuan yang diadakan secara tidak formal memberi peluang kepada YB Menteri untuk berkomunikasi secara bersemuka bersama penjaja-penjaja sekitar Bandar Melaka bagi mendapatkan input dan pandangan sektor peniagaan kecil menghadapi pasca COVID-19. Hadir sama, YBhg. Dato' Saiful Anuar Lebai Hussen, Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi dan YBhg. Tan Sri Noor Azlan Ghazali, Pengarah Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi.