Sesi Penerangan RMK13 bersama rakyat di negeri Kelantan telah diadakan pada 8 Ogos 2025 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan bersempena Program MADANI Rakyat 2025.

Sesi ini telah dihadiri oleh YBhg. Datuk Dr. Zunika Mohamed, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Ekonomi. Sesi ini diadakan bagi memberi penerangan jelas tentang hala tuju dan fokus utama RMK13. Selain itu, untuk mendapatkan maklum balas dan cadangan daripada rakyat di negeri Kelantan bagi memastikan pelaksanaan RMK13 lebih berkesan.

Menariknya, YBhg. Datuk Dr. Zunika Mohamed turut meluangkan masa mengunjungi pelbagai reruai Kementerian untuk melihat sendiri pelbagai inisiatif dan projek yang sedang dijalankan demi membawa Malaysia ke arah pembangunan yang lebih mampan, produktif dan sejahtera selaras dengan aspirasi Ekonomi Madani.

#RancanganMalaysiaKetigaBelas

#RancakkanMADANI

#MADANIBekerja

#MalaysiaMADANI

#KementerianEkonomi