- 38 views
Sesi Penerangan RMK13 bersama rakyat di Negeri Sembilan telah diadakan pada 24 Ogos 2025 di Dataran Nilai, Negeri Sembilan bersempena Program MADANI Rakyat 2025.
Sesi ini telah dihadiri oleh YBhg. Datuk Dr. Zunika Mohamed, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Ekonomi. Sesi pembentangan RMK13 disampaikan oleh Puan Noraini binti Ahmad, Pengarah Bahagian Perancangan Strategik Kementerian Ekonomi.
Sesi ini diadakan bagi memberi penerangan jelas tentang hala tuju dan fokus utama RMK13. Selain itu, untuk mendapatkan maklum balas dan cadangan daripada rakyat di Negeri Sembilan bagi memastikan pelaksanaan RMK13 lebih berkesan.
YBhg. Datuk Dr. Zunika Mohamed turut meluangkan masa menghadiri sesi temubual bersama RTM dan sempat mengunjungi pelbagai reruai Kementerian untuk melihat sendiri pelbagai inisiatif dan projek yang sedang dijalankan demi membawa Malaysia ke arah pembangunan yang lebih mampan, produktif dan sejahtera selaras dengan aspirasi Ekonomi Madani.
#RancanganMalaysiaKetigaBelas
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
#MalaysiaMADANI
#KementerianEkonomi

