KUALA LUMPUR, 19 September 2023 - YBrs Encik Ramlee Amat, Pengarah Bahagian Penyelarasan, Kawalan dan Pemantauan (BPKP), Kementerian Ekonomi menyerahkan buku Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas (KSP RMKe-12) kepada YB Senator Tan Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Yang Dipertua Dewan Negara.

Kajian Separuh Penggal RMKe-12 akan dibahaskan di Dewan Negara bermula esok hingga 26 September 2023 dan siaran secara langsung boleh ditonton di Youtube @parlimenmalaysia.

Buku KSP RMKe-12 merupakan dokumen dasar yang signifikan dalam menentukan hala tuju pembangunan sosioekonomi negara yang seimbang dari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan berteraskan nilai-nilai murni.