- 88 views
Putrajaya, 24 Julai 2024 - Kementerian Ekonomi telah menganjurkan sesi perkongsian pengetahuan bertajuk ๐ฝ๐๐๐๐ซ๐๐ค๐ช๐ง๐๐ก ๐๐ช๐๐ก๐๐ ๐๐ค๐ก๐๐๐ฎ oleh YBrs. Encik Faisal Naru pada 24 Julai 2024 di Menara Prisma, Putrajaya. Sesi ini dihadiri oleh pegawai Kementerian Ekonomi dan merupakan satu daripada beberapa sesi perkongsian pengetahuan/taklimat oleh pakar yang dikenal pasti dalam pelbagai bidang sebagai persediaan untuk penyediaan dokumen Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13).
Encik Faisal Naru merupakan pakar dalam ๐ฝ๐๐๐๐ซ๐๐ค๐ช๐ง๐๐ก ๐๐ฃ๐จ๐๐๐๐ฉ๐จ (BI) dari United Kingdom yang berpengalaman melebihi 20 tahun dalam bidang pengurusan organisasi, dasar awam dan pembangunan antarabangsa. Beliau mempunyai kepakaran dalam bidang inovasi sektor awam dan BI. Melalui sesi ini juga, pegawai Kementerian Ekonomi telah didedahkan dengan definisi BI, intervensi BI dan pelbagai cara aplikasi BI dalam dasar awam.
BI merupakan satu pendekatan dalam menggubal dasar yang menggabungkan pandangan dari sudut psikologi, sains kognitif dan sains sosial dengan hasil yang diuji secara empirikal bagi mengetahui cara sebenar untuk membuat pilihan. Pendekatan ini boleh membantu pembuat keputusan memahami bagaimana dan mengapa manusia bertindak dan membuat keputusan tertentu. Oleh yang demikian, melalui sesi ini, pegawai Kementerian Ekonomi memperoleh pengetahuan dan mengaplikasikannya dalam penyediaan RMK13.