Berlangsung hari ini sesi pertemuan YB Dato' Sri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) bersama pengurusan kanan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (EPU, JPM).

Dalam pertemuan itu, YB Dato' Sri Mustapa Mohamed mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Dato' Nor Azmie bin Diron di atas pelantikan beliau sebagai Ketua Pengarah EPU, JPM berkuat kuasa 14 November lalu.

Turut serta dalam sesi tersebut ialah, YBhg. Datuk Dr. Zunika Mohamed, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), EPU, JPM; YBhg. Datuk Yatimah Sarjiman, Timbalan Ketua Pengarah (Sektoral), EPU, JPM, dan pengarah-pengarah bahagian EPU, JPM.