- 51 views
PUTRAJAYA, 18 Mei 2023 - Telah berlangsungnya sesi meja bulat berkenaan GovTech antara Kementerian Ekonomi, MyDIGITAL dan Bank Dunia (World Bank Group) di Menara Prisma.
YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi selaku pengerusi sesi meja bulat tersebut telah mengadakan perbincangan mengenai keadaan GovTech di Malaysia seiring dengan komitmen Malaysia dalam memacu kearah negara yang lebih berinovasi, berkemahiran digital dan daya tahan ekonomi yang lebih tinggi.