- 102 views
Putrajaya, 28 Julai 2024 - Kementerian Ekonomi telah menganjurkan Sesi Taklimat Aplikasi Pendekatan Sosiologi dan Antropologi dalam Penggubalan Dasar pada 28 Julai 2024 di Menara Prisma, Putrajaya. Taklimat yang bertajuk “Kelestarian dari Lensa Sosiologi Alam Sekitar dan Kemanusiaan” ini adalah untuk penyediaan Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13), yang telah disampaikan oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Sharina Binti Abdul Halim, Timbalan Pengarah Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Turut hadir, YBhg. Datuk Dr. Zunika Mohamed, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Ekonomi, YBhg. Dato’ Luqman Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Makro) Kementerian Ekonomi dan YBrs. Encik Che Kodir bin Baharum, Pengarah Bahagian Perkhidmatan Sosial Kementerian Ekonomi.