- 24 views
6 Ogos 2024, Kuala Lumpur - Sesi Town Hall Projek Rintis Dasar Gaji Progresif dan Sesi Dialog Bersama YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi di Kuala Lumpur semalam. Sesi Town Hall Projek Rintis Dasar Gaji Progresif kali ini memberi peluang kepada majikan untuk mendalami projek rintis Dasar Gaji Progresif (DGP) dengan mengambil kira impak projek ini dari sudut ekonomi majikan serta fiskal negara. Setakat 5 Ogos 2024, seramai 1077 individu yang terdiri daripada majikan atau wakil majikan telah membuka akaun untuk tujuan membuat permohonan di portal DGP.
PERKESO menyeru para majikan untuk turut serta dan memanfaatkan kelebihan di bawah projek rintis ini. Hadir sama YB Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib, Timbalan Menteri Ekonomi, YBhg. Dato' Nor Azmie bin Diron (KSU), YBhg. Datuk Dr Zunika Mohamed, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Ekonomi dan YBhg. Dato' Hajah Norison Binti Ramli (TKSU Dasar dan Antarabangsa KESUMA).
Untuk maklumat lanjut dan permohonan, pihak majikan boleh melayari projek rintis Dasar Gaji Progresif https://www.gajiprogresif.gov.my/.