PUSPANITA EPU, JPM telah melaksanakan agihan sumbangan sempena Hari Raya Aidilfitri 1442H pada 25 Mei 2021 kepada seramai 160 orang kakitangan EPU, JPM Gred 19-38. Selaras dengan pematuhan kepada standard of procedure Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (diperketatkan) yang sedang berkuat kuasa, tiada majlis rasmi diadakan dan agihan tersebut hanya disampaikan melalui wakil Bahagian berdasarkan tempoh masa yang ditetapkan. Sumbangan ini sebagai tanda keprihatinan PUSPANITA EPU, JPM dan manifestasi kesyukuran menyambut Syawal walaupun tidak disambut secara kelaziman.