- 87 views
Johor Bahru, 21 Jun 2020 - YB Dato' Sri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) telah hadir dalam taklimat bersama-sama Agensi di bawah seliaan beliau.
Taklimat tersebut diadakan bagi mendapatkan gambaran tepat mengenai fungsi-fungsi agensi berkenaan di peringkat akar umbi di samping memberi ruang untuk melontarkan idea dan berinteraksi secara bersemuka antara pengurusan agensi di negeri dan Kerajaan Persekutuan.
Hadir sama dalam sesi tersebut YB Dato' Dr Badrul Hisham Kassim Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (Pembangunan), YBhg Encik Nordin Jamaluddin mewakili Ketua Eksekutif Johor Corporation, YBhg Encik Wan Mohd Shahrulnizam Wan Mohd Najuri, Pengarah Jabatan Perangkaan Negeri Johor, Encik Mohd Yazid Ja'afar, Ketua Eksekutif JPDC bertempat di Ibu Pejabat IRDA.