- 66 views
Taklimat berkaitan Maqasid Syariah dalam pembangunan RMK13 telah diadakan pada 2 Julai 2024. Taklimat telah disampaikan oleh YBrs. Ustaz Mohd Suhaimi Bin Mohd Yusof, Pengarah Bahagian Maqasid Syariah, Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM).
Taklimat ini diadakan bertujuan memberi kefahaman yang lebih jelas kepada warga Kementerian Ekonomi mengenai prinsip Maqasid Syariah. Di samping itu, kefahaman ini penting bagi memastikan pegawai-pegawai yang terlibat dalam penyediaan dasar dan penulisan RMK13 memahami dan menerapkan prinsip ini dalam pembangunan dokumen RMK13 yang sedang dalam perancangan.