- 43 views
KUALA LUMPUR, 23 Februari 2023 - YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi mempersembahkan taklimat terkini mengenai kedudukan ekonomi negara pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-261 di Istana Negara yang berlangsung selama dua hari bermula 22 Februari lalu.
KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat menghadiri hari kedua Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-261 di Istana Negara yang dipengerusikan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-haj.