5 Ogos 2024, Johor Bahru - Timbalan Menteri Ekonomi Malaysia, YB Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib menerima Kunjungan Hormat daripada Kelab Belia Prihatin (KBP). Kunjungan tersebut bersempena menjelangnya Program Madani Rakyat Zon Selatan dan Youth Sustainable Forum (YSF) 2024 yang akan diadakan di Johor Bharu pada 16 hingga 20 Ogos 2024 ini. Dalam kunjungan tersebut juga, pihak KBP telah memberi taklimat kepada Timbalan Menteri mengenai aturcara, pengisian serta perbincangan bagi penambahbaikan kepada program tersebut. Pengerusi KBP, En. Mohammad Luqman Nur Hakim bin Md Zim dan Setiausaha Agong KBP, En. Muhammad Rijal Mustafa bin Rozman hadir mewakili KBP.