- 2 views
29 April 2025, Kuala Lumpur - YB Dato' Hajjah Hanifah Hajar Taib, Timbalan Menteri Ekonomi telah merasmikan program "OGSE100 CEOs Forum 2025" anjuran Malaysia Petroleum Resources Corporation (MPRC) dengan sokongan Energy Industries Council (EIC) yang bertempat di Impiana KLCC Hotel, Kuala Lumpur.
Bertemakan "Driving Sustainable Energy Innovation Globally", forum ini bertujuan meraikan 100 syarikat teratas OGSE berdaftar di Malaysia berdasarkan hasil tahunan, yang disenaraikan dalam naskhah OGSE100 terbitan tahunan MPRC.
Selain itu, Dr. Noranida Zainal, Pengarah Bahagian Ekonomi Alam Sekitar dan Sumber Asli (BEASSA), turut menyertai sesi panel yang membincangkan isu-isu semasa dalam industri OGSE, termasuklah Pemerangkapan, Penggunaan, dan Penyimpanan Karbon (CCUS), serta kepentingan amalan lestari dalam kalangan pemain industri OGSE bagi mendukung peralihan kepada tenaga lebih bersih.
Dalam ucapan perasmiannya, YB Dato' Hajjah Hanifah menegaskan peranan utama OGSE bagi memenuhi komitmen Malaysia dalam memimpin dan menerajui peralihan tenaga lestari rantau ini secara progresif dengan memberi keutamaan kepada. keselamatan dan keterjaminan bekalan tenaga boleh diperbaharui, selari dengan matlamat negara untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang tahun 2050.
#KementerianEkonomi
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerj
#taatsetia
#MPRC
#OGSE
#OilandGas