- 16 views
TYERAJU Perkukuh Jalinan Strategik Bersama UiTM Kampus Puncak Alam Unit Komunikasi Korporat TERAJU telah mengadakan kunjungan hormat ke Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, UiTM Kampus Puncak Alam, yang diketuai oleh Pn Norfaazah Basir, Pengarah Kanan Perkhidmatan Korporat TERAJU; Pn Maria Mokhtar, Pengarah Bersekutu Komunikasi Korporat; dan Cik Sophiah Atiqah, Pengurus Komunikasi Korporat.
Menyambut delegasi TERAJU, YBrs. Dr. Nor Farradila Abdul Aziz, Timbalan Dekan Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni (ICAN), bersama Koordinator Program dan barisan pensyarah fakulti.
Sesi ini menjadi medan perkongsian berkenaan Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35) dan manfaatnya kepada institusi pengajian tinggi serta mahasiswa.
Turut dibincangkan, adalah peluang kerjasama strategik antara TERAJU dan UiTM Kampus Puncak Alam dalam memacu pelaksanaan PuTERA35 secara lebih holistik dan berimpak tinggi.