- 6715 views
PUTRAJAYA, 1 Disember 2022 – Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (EPU, JPM) telah menerima kunjungan daripada mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Kewangan), UiTM Cawangan Sarawak pada pagi ini.
Lawatan sambil belajar itu diketuai oleh Encik Wan Muhd Faez Wan Ibrahim, pensyarah UiTM Cawangan Sarawak dan disertai oleh 31 orang mahasiswa UiTM.
Lawatan ini bertujuan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan serta kefahaman para mahasiswa mengenai rancangan pembangunan negara serta isu-isu ekonomi semasa. Selain itu, pihak EPU, JPM turut memperkenalkan fungsi-fungsi EPU kepada mahasiswa-mahasiswa tahun akhir yang akan menjalani latihan industri kelak.