YBhg. Dato’ Nor Azmie Diron, Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (EPU, JPM) menerima kunjungan hormat daripada YBrs. En. Stanley Loh Ka Leung, Setiausaha Tetap, Kementerian Kemampanan dan Sekitaran Singapura di Menara Prisma, Putrajaya pada 23 November 2022.

Hadir bersama, H.E. Shivakumar Nair, Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Singapura, YBrs. En. Ranjeet Singh, Timbalan Pengarah Kementerian Kemampanan dan Sekitaran Singapura, dan YBrs. En. Prashanth Shantikumar, Penolong Pengarah Kementerian Kemampanan dan Sekitaran Singapura.