17 Februari 2025, Putrajaya - Sesi kunjungan hormat ke atas YB Dato’ Seri Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi, oleh TYT Ambassador Takio Yamada, selaku jurucakap Kerajaan Jepun bagi Asia Zero Emission Community (AZEC), pada 17 Februari 2025. Kunjungan ini turut disertai oleh TYT Ambassador Noriyuki Shikata, Duta Besar Jepun ke Malaysia, serta pegawai-pegawai kanan dari kedua-dua negara.

Dalam sesi ini, perbincangan tertumpu kepada pengukuhan kerjasama antara Malaysia dan Jepun dalam rangka AZEC, khususnya dalam usaha mencapai matlamat pelepasan GHG sifar bersih di rantau Asia. Perbincangan ini juga turut membincangkan persediaan dan hala tuju strategik menjelang AZEC Ministerial Meeting 2025 serta AZEC Leaders Meeting 2025 yang akan diadakan di Malaysia.

Kedua-dua pihak turut bertukar pandangan mengenai inisiatif dan peluang kerjasama dalam bidang tenaga boleh baharu, teknologi hijau, serta inovasi mampan yang dapat memberi manfaat kepada kedua-dua negara dalam merealisasikan agenda peralihan tenaga serantau.

#KementerianEkonomi

#MalaysiaMADANI

#taatsetia

#MADANIBekerja