Jeli, 23 Ogos 2020 - YB Dato' Sri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) merasmikan Maklum Balas Rakyat Berhubung Draf Pelan Tindakan Perpaduan Negara (PTPN).

Program anjuran agensi di bawah Kementerian Perpaduan Negara bertujuan untuk mendapatkan pendapat serta cadangan di peringkat akar umbi bagi memampankan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Sekalung ucapan terima kasih kepada Encik Nazif, Timbalan Pengarah dan Puan Wee, Pegawai Perpaduan Jajahan yang telah menganjurkan program tersebut.