KUALA LUMPUR, 11 Julai 2023 – YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi menghadiri program Meletop sempena mempromosikan pertandingan realiti terbaru ‘INNOVATHON’.
Program pertandingan realiti ‘INNOVATHON’ merupakan inisiatif bersama Kementerian Ekonomi dan Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi dengan kerjasama Astro dalam mencungkil idea-idea hebat serta inovatif rakyat Malaysia.

Kerjasama ini menyaksikan buat julung kalinya dua Menteri Kabinet Malaysia menyertai ‘INNOVATHON’ sebagai panel juri iaitu YB Rafizi Ramli dan  YB Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi & Inovasi. Usahawan wanita serta pelakon popular, Nur Fazura turut memegang peranan sebagai juri.

Pengacara tersohor negara, Datuk Aznil Hj. Nawawi pula bergelar Mentor ‘INNOVATHON’ yang bakal membimbing dan memberi motivasi kepada peserta-peserta pertandingan realiti ini manakala dua figura popular, Awal Ashaari dan Datin Lisa Surihani akan mengemudi rancangan ini sebagai hos.