PUTRAJAYA, 30 Julai 2025 – YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II Memangku Menteri Ekonomi, hari ini menyerahkan secara rasmi dokumen Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) kepada YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air.

Penyerahan ini melambangkan kesepakatan kerajaan dalam memastikan pelaksanaan RMK13 bagi tempoh 2026–2030 berjalan teratur dengan hala tuju pembangunan negara yang menyeluruh dan mampan. RMK13 menjadi rujukan utama dalam memperkukuh daya saing ekonomi, memacu agenda peralihan tenaga, dan memastikan pembangunan yang inklusif untuk semua lapisan masyarakat di seluruh negara.

#RMK13

#KementerianEkonomi

#KerajaanMADANI

#MalaysiaMADANI