PUTRAJAYA, 30 Julai 2025 – YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II Memangku Menteri Ekonomi, hari ini menyerahkan secara rasmi dokumen Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) kepada YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.

Penyerahan ini menandakan komitmen kerajaan dalam memacu pembangunan negara berasaskan hala tuju yang jelas dan inklusif bagi tempoh 2026–2030. RMK13 dirangka sebagai panduan strategik negara untuk memperkukuh daya saing ekonomi, meningkatkan kesejahteraan rakyat, serta memastikan manfaat pembangunan dinikmati secara menyeluruh merentasi semua lapisan masyarakat dan wilayah.

#RMK13

#KementerianEkonomi

#KerajaanMADANI

#MalaysiaMADANI