PUTRAJAYA, 14 Februari 2023 - Dato’ Nor Azmie Diron, Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi telah menerima kunjungan hormat daripada H.E. Ms. Karima El Korri, Residen Koordinator Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) di Malaysia, Singapura dan Brunei.

Kunjungan hormat tersebut membincangkan Rangka Kerja Kerjasama Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSDCF) 2021-2025, Siri Dialog Dasar Kementerian Ekonomi-Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Struktur Penyelarasan SDG Kebangsaan, Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2023 dan Aktiviti Pra-Sidang Kemuncak serta Pelan Hala Tuju SDG Fasa II, 2021-2025: Kemajuan dan Perkembangan.