- 117 views
PUTRAJAYA, 3 Februari 2023 - YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi terus menerima kunjungan hormat daripada perwakilan asing ke Malaysia dengan terbaharu melibatkan delegasi Kesatuan Eropah (EU).
Dalam kunjungan tersebut, EU diwakili TYT Michalis Rokas, Duta Besar dan Ketua Delegasinya ke Malaysia.
Kedua-dua pihak kemudian mengadakan perbincangan yang disertai Pekka Penttila, Atase Perdagangan dan Ekonomi EU ke Malaysia dan beberapa pegawai kanan Kementerian Ekonomi antaranya YBhg. Datuk Dr. Suhana Md. Saleh, Pengarah Bahagian Ekonomi Makro dan YBrs. Puan Ashikin Abdul Razak, Pengarah Bahagian Kerjasama Antarabangsa.