- 74 views
KUALA LUMPUR, 31Januari 2023 - YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi telah menghadiri sesi taklimat mengenai Prospek, Cabaran dan Keutamaan Dasar Ekonomi sempena lawatan beliau ke Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini.
Ketibaan YB Rafizi Ramli disambut oleh YBhg. Tan Sri Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus, Gabenor Bank Negara Malaysia dan dua Timbalannya, YBhg. Datuk Abdul Rasheed Ghaffour serta YBhg. Datuk Jessica Chew Cheng Lian.
Hadir menyertai sesi taklimat itu ialah, YBhg. Dato’ Nor Azmie Diron, Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, YBrs. Encik Surrendren Sathasivam, Pengarah Bahagian Industri Perkhidmatan dan YBhg. Datuk Dr. Suhana Md. Saleh, Pengarah Bahagian Ekonomi Makro.