- 37 views
AMPANG JAYA, 7 April 2023 - YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi melakukan kunjungan ke Hospital Ampang dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).
Selain kerjasama Kementerian Ekonomi bersama jabatan-jabatan terlibat dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada penduduk, kunjungan tersebut juga menyentuh projek dari pelbagai agensi di peringkat nasional.
Antaranya, program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang baru dilancarkan oleh Kementerian Ekonomi turut menjadi salah satu perbincangan bersama MPAJ dalam usaha membantu warga Ampang Jaya kekal berdaya huni.