- 54 views
Nabawan, 27 Jun 2020 - YB Tuan Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) hadir ke Bengkel Keusahawanan Sahabat AIM "Mendepani Cabaran Norma Baharu" yang dirasmikan oleh YB Tuan Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan II anjuran Kelab Usahawan Sahabat AIM Nabawan.
Penularan wabak COVID-19 merubah landskap perniagaan daripada sistem konvensional ke sistem pendigitalan tertumpu kepada peniagaan di atas talian.
Bengkel tersebut mengumpulkan seramai 150 usahawan AIM dari sekitar Nabawan serta menfokuskan kepada percambahan idea mendepani cabaran dalam menghadapi norma baru bidang keusahawanan.